Bermula dengan hanya membuat ais krim di rumah pada 2015, seorang suri rumah kini bergelar usahawan apabila produknya mendapat sambutan masyarakat setempat untuk majlis kenduri kahwin.<br /><br />Noorazura Md Saad, 49, tidak menyangka produk ais krim colek sentuhannya mendapat permintaan baik selepas dipromosikan secara dalam talian.<br /><br />Beliau kemudian mengorak langkah membuka Delisha Ice Cream di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang, dua tahun kemudian.